Kita Berteka-Teki pulak la...

Highlight tuk tgk jwpn:

1.Siapakah orang yang bergerak paling perlahan di dunia?
Jawapan : Melly Goeslow

2.Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Jawapan : Kambing BinAtang

3.Kenapa lembu jantan beranak?
Jawapan : Sebab lembut tu betina...Jantan tu nama tuan lembu

4.Kenapa lelaki perlu beristeri tiga… .”
Jawapan : kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI… ..


5.Dalam nenas ada apa?
Jawapan : Ada Spongebob

6.Binatang apa seiras macam kambing, tapi lebih kecik dari kambing?
Jawapan : Anak Kambing

7.Apa dia yang ada pada lembu, tapi xde pada binatang lain?
Jawapan : Anak Lembu:


8.Ade seorang penjual ais-krim sedang menjual ais-krim kat taman,pastu polis tahan dia,kenapakah polis tahan dia?
Jawapan : sebab polis nak beli ais -krim

9.Aiman berada di tingkat 156 menara klcc.dy terjun dari tingkat tersebut tanpa menggunakan payung terjun tapi dye x mati…hebat x? cube teka cmne dye buat…..
Jawapan : sebab aiman seekor burung


10.Lembu apa org x nmpak?
Jawapan : Lembu menyorok

11.Bulan berapa perempuan paling kurang bercakap?
Jawapan : Bulan Februari sebab bulan paling pendek..

12.Bulan berapa ada 28 hari?
Jawapan : Bulan Februari? Salah..Suma bulan ada 28 hari

13.Binatang aper yg bahagiakan keluarga dia
Jawapan : Singa menawan keluarga bahagia..

14. Dalam banyak2 haiwan.. Haiwan apakah yang paling kedekut..
Jawapan : Kuda lah…sebab bila lari bunyi kedekut2

15.Binatang apa keluar haid?
Jawapan : Kura-Kura sbb keluar head (kepala)

16.Sukan apa menang nya ke belakang?
Jawapan : Tarik tali

16. Bnyk2 kreta,kreta apa ada lima tayar?
Jawapan : semua kreta ada 4 tayar campur 1 tayar sper

17.Sebab apa Nobita dan Doraemon takut datang ke Malaysia?
Jawapan : Sebab ada Giant

18.Haiwan apakah yg xske perempuan??
Jawapan : burung helang la ,sebab dalam bahasa inggeris,burung helang maksud dia eagle…eagle tu sama bunyi macam (ee..girl)

19.Pokok apa paling tinggi di dunia?
Jawapan : Pokok atas gunung

20. Gunung apa paling tertinggi di dunia sebelum Edmund Hillary manusia pertama berjaya sampai puncak Gunung Everest?
Jawapan : Gunung Everest

21 Lembu apa tak makan rumput?
Jawapan : Lembu tak da selera



22.Lampu apa bila pecah keluar orangnya?
Jawapan : Lampu jiran sebelah..x caya cuba pergi pecahkan lampu dia,pastu mesti keluar orang

23. Dalam banyak2 bola,bola apa yang orang sayang?
Jawapan : Bola ragbi sebab orang slalu peluk dia semasa main ragbi..

24. Harimau ape lahir kat hospital?
Jawapan : Tiger wood

25.Ali berjalan jalan di tepi pantai..dia terjumpa duit RM 1 juta dan seekor ikan..tetapi,Ali tidak mengambil RM 1 juta,tetapi, Ali mengambil ikan,kenapa ali mengambil ikan?
Jawapan : Kerana Ali seekor kucing

26. Banyak-banyak huurf,huruf apa boleh kawin???
Jawapan : Huruf i dan huruf u (bagi pasang bercinta la…hehehe)

27. Dalam bnyk2 binatang,binatang ape yang halal dan haram?
Jawapan : Siput Babi (siput halal,babi haram)

28. Antara bulan bintang,yang mana satu ayah?
Jawapan : tang la,sebab bulan bin tang

29. Nasi apa yang tak boleh makan?
Jawapan : Nasi ayam ,sebab nasi tu nasi hok ayam,bukan hok kita

30. Macam mane nak tangkap empat ekor burung sekaligus?
Jawapan : tangkap la gambar burung tuh…

31. Negara apa yang hanya utk 2 perempuan?
Jawapan : portugal (for two girl)..

32. dlm banyak2 kucing, kucing apa ada 9 kaki?
Jawapan : Kucing yang berjalan kat kaki lima

33. Dalam banyak2 binatang, binatang ape x leh tgk matahari?
Jawapan : Katak bawah tempurung

34. dalam byk2 haiwan… haiwan apekah yg kaye???
Jawapan : singa la…sbb singa ade bank sndiri…iaitu maybank..hahhaha, bukan beruang la

35.Pokok di atas buah..Buah di atas pokok.Apa dia?
Jawapan : Nenas

36.Apakah raja segala buah?
Jawapan : Buah Nenas sebab da mahkota kat  atas  buah dia

37. macam mane kite nak tau kubur lelaki ngan kubur pompuan??
Jawapan : Tengok batu nisan laaa…

38. Dlm banyak-banyak kereta,kereta apa belum mandi wajib?..
Jawapan : kereta BMW..B-belum,M-mandi,W-wajib…hahaha

39. DALAM BANYAK-BANYAK BINATANG,BINATANG APE YANG SUKE BUAT JAHAT??
Jawapan : kambing dan lembu sebab suke meragut

40. Dlm banyak2 kereta, kereta apa yang orang tak panggil kereta?
Jawapan : Teksi

41.Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan : Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)

0 Response to "Kita Berteka-Teki pulak la..."

Post a Comment